Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ) adalah sebuah jabatan yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang termaktub di bawah Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor Bil.4 Tahun 1959. Iaitu melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam jawatan tetap atau jawatan berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatan awam kerajaan negeri Johor.
Laman web ini secara amnya memberi maklumat kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan dan juga orang awam khususnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya ini.
Dengan adanya laman web ini, para pelanggan dapat menghubungi Suruhanjaya secara terus bagi membantu menjayakan keperluan mereka.
Suruhanjaya ini sentiasa berusaha dengan cara yang terbaik dan terkini bagi memenuhi kehendak para pelanggannya. Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan pandangan yang membina ke arah mempertingkat dan memperkukuhkan lagi perkhidmatan yang disediakan.
Selamat melayari Laman Web SPAJ, sumber maklumat dan kerjaya anda di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor
| |
EZLAN FARID BIN MOHD SAID |
| |
SETIAUSAHA |
| |
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR |
|