Soalan Lazim
Laman Utama
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012- SPA Johor
Iklan kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan awam negeri Johor disiarkan di antara Januari hingga Mac dan di antara September hingga Disember setiap tahun. Bagaimana pun, penyiaran iklan ini tertakluk kepada keperluan dan kekosongan jawatan dari semasa ke semasa
Untuk mendaftar bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan sila layari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerusi pautan yang telah disediakan.
Untuk mengetahui Pekeliling-pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Awam terkini sila layari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menerusi pautan yang telah disediakan.
Sila semak status bayaran semula pinjaman pelajaran dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menerusi pautan yang disediakan.
:: SPAJ menjaminkan peluang memohon yang seadilnya kepada mereka yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam pentadbiran negeri.
:: SPAJ juga komited untuk menyelesaikan urusan perlantikan kakitangan kerajaan negeri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh temuduga yang pertama.
:: SPAJ juga komited untuk menyelesaikan urusan perkhidmatan sebagaimana tempoh masa berikut:
A) Pengesahan lantikan 2 minggu.
B)Pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen 6 minggu.
C)Pemohonan perlanjutan tempoh percubaan 6 minggu
D)Pemohonan pelarasan gaji permulaan 6 minggu.
E)Pemohonan pertukaran perkhidmatan 3 bulan.
Pertanyaan/ Maklumbalas
Kunjungi Kami
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor Aras 3, Blok A, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak,, Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor Darul Ta'zim. Telefon : +607 266 6422| +607 266 6423 | Faks : +607 290 9890 | +607 290 9891