Semakan Pengiktirafan Kelayakan Ijazah / Diploma


SEMAKAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN - JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
JPA INTERAKTIF
Pengenalan

Semakan pengesahan pengiktirafan bagi tujuan pelantikan dan permohonan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam boleh dibuat secara online di SEMAKAN PENGIKTIRAFAN. Merujuk arahan didalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008. Sekiranya tidak berjaya membuat semakan didalam talian, pemohon boleh menyemak dengan Unit Pengiktirafan Kelayakan, JPA dengan mengisi Borang Permohonan Pengiktirafan Kelayakan pada pautan yang diberikan dengan disertakan salinan Sijil, Diploma, dan Ijazah beserta transkrip/ keputusan peperiksaan. Lepasan Indonesia perlu juga mengemukakan visa sepanjang tempoh pengajiannya. selanjutnya

Bagi tujuan peningkatan kerjaya, pegawai yang sedang berkhidmat yang ingin melanjutkan pelajaran, sila semak program dan institusi pengajian tinggi yang menjalankan jurusan diploma & ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan.


Semakan Pengiktirafan JPA
Borang Permohonan Pengiktirafan
Talian Bantuan : (07)266 6409/20(Dasar) | (07)266 6413(Teknikal)