Permohonan Tapisan Keselamatan Online

PERMOHONAN TAPISAN KESELAMATAN
SISTEM E-VETTING
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI

Pengenalan

Mulai tahun 2012, semua permohonan tapisan keselamatan daripada jabatan/agensi Kerajaan Johor mesti melalui permohonan secara online daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).Merujuk kepada arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2011.

Tapisan Keselamatan adalah tertakluk bagi pegawai di dalam Kump. Pengurusan & Profesional & Kump. Pelaksana Gred 2-1 & 3-1(27 &29) sahaja.

Permohonan Tapisan Keselamatan adalah tanggungjawab pegawai untuk membuat permohonan dan bagi tujuan perkhidmatan pegawai tersebut. SPAJ tidak akan bertanggungjawab sekiranya pegawai tersebut tidak membuat permohonan tapisan keselamatan didalam tempoh percubaan dan tindakan boleh dikenakan.

" RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN "



Persediaan Maklumat sebelum mengisi borang permohon :
Gambar berukuran passport, berlatar belakang biru yang telah diimbas(scan).
Memuat-turun Manual Pengguna dan mengisi mengikut arahan manual.
Pastikan pemilihan kata laluan yang sesuai dan mudah diingat.
Pastikan pemilihan bahagian/kementerian/jabatan seperti dibawah bagi tujuan semakan SPAJ :

Pilihan Bahagian/Unit : " Nama Jabatan Anda "
Pilihan Kementerian : " Pentadbiran Kerajaan Johor "
Pilihan Jabatan : " Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor "
Sila maklumkan kepada urusetia SPAJ sekiranya permohonan telah dihantar di talian bantuan.

Sila baca manual pengguna sebagai panduan mengisi borang tapisan secara online.
Muat-turun Manual Pengguna
Borang Tapisan Keselamatan
Talian Bantuan : (07) 266 6409 (Dasar) & (07) 266 6413 (Teknikal)